Monday, 11 July 2011

Geng merah VS Geng kuning

Salam,

  pada 9hb julai 2011 perhimpunan dr segilintir pihak telah diadakan di kuala lumpur. syukur lah tiada ada apa2 yg  teruk berlaku semasa perhimpunan tersebut. aku pn x pasti sebab apa perhimpunan itu diadakan, tetapi kalo dilihat hanyalah rentetan dari perhimpunan bersih pada tahun yg lalu. aku dr awal telah menjangkakan perhimpunan ini akan menjadi sperti 13 mei 1969..lega sgt2 bila jangkaan itu meleset. keadaan masih terkawal dan dapat dikawal oleh pihak berkuasa. dalam kekalutan yg melanda, ada juga yg dikhabarkan telah terkorban dalam perhimpunan itu. xpasti apa sebabnya(1).
  sebagai seseorang yg sukakan keamanan, aku sedih bila kejadian sebegini terjadi di bumi bertuah ini. apa lg yg mereka2 ini mahukan sebenarnya? tak cukupkah dgn apa yg dimiliki sekarang ini?apa lg yg mereka ini perlukan?
  apabila kumpulan ini berhimpun, ternyata bukan hanya datang dr ibu kota sahaja. tetapi sanggup dr jauh, conthnya melaka, johor dan dr pantai timur. betapa mereka2 ini sanggup datang dan memberikan sokongan pada ketua mereka. ada yang tekad, "kalo aku kne tangkap pn biarlah!".xtercapai akal aku sampai begitu sekali pemikiran mereka.
  dan lebih memburukkan keadaan, apabila kumpulan lawan iaitu "patriot" juga melakukan perhimpunan pada waktu yg sama kononnya membantah perhimpunan bersih itu. apa sebenarnya yg mahu ditunjukkan golongan ini?berani bertempur?sangat hebat? jgn la jd minyak, bila ada api yg menbakar, janganlah disimbah minyak lagi. sepatutnya disembur air seperti yg dilakukan oleh pihak berkuasa.
aku sgt2 bersyukur tiada kejadian buruk berlaku seperti mana yg lepas2.  biarlah kita ini hidup dalam aman dan sentosa. selama-lamanya.

**********************************************************************************
1. sehingga masa menulis entri ini.

No comments:

Post a Comment