Wednesday, 20 July 2011

Hari Besar FKM

Salam semua,

semalam berlangsungnya hari penyelidikan di tempat aku. acara yang telah lama ditangguhkan akhirnya berjaya juga dijalankan. mungkin perancangan awal tidak menepati kesesuaian masa jadi disebabkan tulah ianya tertangguh.
majlis dimulakan jam 8 pg di mana semua hadirin/pelawat diminta berkumpul di dalam dewan. disebabkan fakulti ini kekurangan ruang, maka bangunan sebelah telah dipinjam kan untuk menjayakan aktiviti ini. dekan FKM masuk ke dalam dewan pada jam 9 pg diiringi dgn timbalan dekan akademik & pengarah hari penyelidikan. buat pertama kalinya majlis seumpama ini dirasmikan oleh dekan shj. mana pergi bos2? bos2 sume ade halnya sendiri. kebetulan yang tidak dapat dielakkan. di dalam ucapan nya, ada disentuh penyelidikan fundamental, di mana semua penyelidikan haruslah bermula dari fundamental. sekarang apa yg diamalkan oleh semua fakulti adalah conventional. bermakna semua basic engineering yg ditemui oleh founder sejak beratus-ratus tahun yg dahulu masih digunapakai sehingga sekarang. jika difikirkan semula ada logiknya untuk kita semua sebagai jurutera @ penyelidik bermula dengan asas supaya kemudian hari pengetahuannya kukuh.
dan katanya lg, sebagai seorang penyelidik, semakin kita menyelidik semakin itulah kita bertambah tidak tahu. mmg betul, itulah apa yg dialami oleh diri ini. walaupun skop yg diselidik oleh aku ini kecil, tetapi pengetahuan untuk skop ini amatlah luas.pening!! tetapi itulah cabaran sebagai seorng penyelidik. sentiasa mencari dan mencari. seolah2 infiniti.
selesai dekan merasmikan hari penyelidikan, semua hadirin dijemput ke tapak pameran untuk melihat penyelidikan yg telah dijalankan oleh staf & pelajar.byk produk2 & prototype yg mencuri perhatian aku. lebih2 lg automotif. cthnya kereta untk pertandingan perodua eco-challenge yg lepas. semua itu hasil kerja tgn pelajar sendiri. sedikit dibantu oleh penyarah dan juruteknik. jika kumpulan yg sama diberi masa yg lama, pasti lebih cantik hasil kerja tgn mereka ini. kagum gk aku ngn budak2 ni. tahniah diucapkan!
kalo dh ade pameran mesti ade makan2 pnye.heh. mmg melampuh2 makanannye. kul 1015pg makan.kul 1230tghari makan, kul 330ptg makan lg. xsempat nk lapar dh kne makan.jumlah makanan pula aku tgk cm lebih aje.harap2 jgn la ade pembaziran. mmg mewah makan semalam. tahniah la pada ajk makanan.
disamping pameran tu juga ada pertandingan kuiz. dalam kuiz tu juga ada pantun. menarik! dh lme x buat pantun, susah juga ye ble dh lme x buat, pstu nk buat dalam masa yg singkat.pantun untuk tempat pertama dimenangi oleh pelajar u aku.pantunnya lebih kurang begini:

hari FKM mmg meriah,
~rangkap ni tak ingat~
berpantun pn sudah, makan pn sudah,
harap2 pasni menanglah hadiah

mmg btl2 die menang hadiah.hehehe. kreatif brader ni. cmne la die leh fikir sampai cmtu. simple but catchy.
harap2 la aku pn sekreatif die pada masa hadapan.hehehe.yg sebenarnye nk adiah aje.

No comments:

Post a Comment